Wednesday, December 1, 2010

Kata anti Israel ??


Katanya Anti Israel, tapi lambang Israel Ada di Lapangan Terbang Iran?

TEHERAN (voa-islam.com) - Lambang Israel di Lapangan Terbang Iran nampak jelas dari citra yang diambil Google Earth. Iran dituding memiliki hubungan khusus dengan Israel.
Citra satelit sebuah lapangan terbang di Iran membuat kerajaan berang. Sebab ada simbol Israel @ Bintang Daud (Star of David) di bahagian bumbungnya.
Laporan mengenai citra yang diambil oleh Google Earth itu disampaikan oleh sejumlah media tempatan. Citra atau gambar itu menampakkan Star of David di atas gedung utama Iran Air.
Kewujudan simbol Zionis ini telah mencetuskan sejumlah spekulasi. Bahawa Iran memang mempunyai hubungan dengan Israel sejak Revolusi Islam pada 1979 silam, ketika lapangan terbang itu dibina. Memang, konstruksinya dilakukan oleh jurutera Israel, pada masa jawatan Shah Mohamed Reza Pahlavi.
.... Kewujudan simbol Zionis ini telah mencetuskan sejumlah spekulasi. Bahawa Iran memang mempunyai hubungan dengan Israel sejak Revolusi Islam pada 1979 silam ....
Tak hanya jurutera yang membinanya, tetapi juga fakta ada penerbangan rutin antara Mehrabad International Airport di Iran dan Ben Gurion di Tel Aviv, Israel.
Ini bukan kali pertama Iran dihebohkan simbol tersebut. Star of David juga pernah dilihat di atas gedung Revolution Square Tehran. Bangunan itu memiliki beratus-ratus simbol tersebut, yang dinilai sebagai upaya Zionis merosakkan hati Iran.
Kewujudan ratusan Star of David membuat rakyat Parsi bingung.Timbul pertanyaan mengenai siapa yang merekaciptanya. Media tempatan membuat kesimpulan, perancangnya tak peduli untuk memikirkan hubungannya dengan politik.
Insiden Bintang Daud ini bukan kali pertama. Sebelumnya, Ogos lalu, lapangan Revolusi di Teheran mempunyai beratus-ratus "Bintang Daud". Media tempatan Iran melaporkan keadaan itu dengan simbol kejahatan berusaha menghancurkan jantung republik Islam.













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...