Saturday, April 30, 2011

perihal politik~

Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.

Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan.. 
Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga dikatakan kotor.

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks menyebabkan politik dipalit kekotoran.

Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.

Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.

Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.


 manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.

"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.

terdapat nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.

"Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," 

kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.

"Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.

"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.

"Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.

"Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.

"Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.

"Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.

"Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.

"Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong "

"Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.

"Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," 



Friday, April 15, 2011

Ayah~

A father is someone that 
holds your hand at the fair
makes sure you do what your mother says
holds back your hair when you are sick
brushes that hair when it is tangled because mother is too busy
lets you eat ice cream for breakfast 
but only when mother is away
he walks you down the aisle
and tells you everythings gonna be ok.



Semoga ayah bahagia berehat di sana.
Semoga ayah tersenyum melihat kami di sini.
InsyaAllah, kami semua akan menyusul bila tiba waktunya.

Ayah,
angah sayang ayah.
Angah rindu ayah.
Kami semua rindukan ayah.
Nanti ya ayah,
kita bertemu semula...
di syurga; insyaAllah.
Amin.

Dad, your guiding hand on my shoulder will remain with me forever.

My father died many years ago, and yet when something special happens to me, I talk to him secretly not really knowing whether he hears, but it makes me feel better to half believe it.

Wednesday, April 13, 2011


Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagian daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.

<Dan kehidupan dunia ini adalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? [6:32]>
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Monday, April 4, 2011

kiTa tiDak sEndirian


Ketika bangunan menjulang baru berdiri. Pesta dirai memeluk tubuh kekaguman. Tetapi, adakah mereka bertanya, di manakah wahai para buruh bangunan ? Padahal, di antara para kuli itu mungkin ada yang terjatuh dari lantai tujuh, mati tanpa insuran, meninggalkan isteri dan anaknya cemas menanti.
Ketika seseorang di jemput pulang. Para pengiring jenazah didera haru. Dan setelah proses doa sambutan usai, taulan dan para kerabat itu akhirnya pulang juga ke rumah. Tetapi, adakah yang teringat siapakah gerangan para tukang gali kuburan?


Maka sedarlah bahwa sesungguhnya tidak ada satu pun kenikmatan tanpa jasa orang lain yang bahkan tidak pernah kita kenal. Dialah ‘orang -orang lemah’ yang telah berjasa menapaki jalan panjang untuk menghantarkan sepiring nasi di atas meja hidangan.


Sungguh kita sering melupakan jasa mereka. Kita lupa, siapa gerangan bidan yang membantu ketika kita lahir. Kita pun sudah lupa siapa nama guru ketika kita mula-mula melangkah ke alam persekolahan. Padahal dialah manusia pertama yang mengajarkan huruf dan angka.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kalian akan diberi rezeki dan pertolongan karena jasa kelompok orang-orang yang miskin.” (HR Abu Dawud)

Pada hati yang hancur ada kekuatan yang memberikan cahaya bagi orang yang mau memperhatikannya. Sehingga, Allah berfirman bahwa salah satu ciri orang yang bertakwa adalah mereka yang menyadari bahwa pada harta mereka ada hak orang yang meminta maupun yang tidak meminta (QS Adz Dzaariyaat [51]: 20)
Pantaslah Allah mengherdik orang-orang yang asyik mengerjakan
solat  sebagai pendusta agama, karena mereka tidak peduli dengan kaum mustad’afin. Kita diminta untuk bersedekah, menghulurkan tangan meringankan penderitaan orang lain, baik secara terang-terangan atau bersembunyi.


Allah telah menciptakan segala sesuatunya secara berpasang-pasangan (QS Adz Dzaariyaat [51]: 49). Tidak mungkin ada langit tanpa bumi. Tak akan ada president tanpa rakyat.pengarah tanpa pelakon.
Maka kehadiran orang lain adalah berkah llahi. Kehadiran kita, kebahagiaan dan kedudukan kita terasa tidak bererti tanpa kehadiran orang lain.
Inilah salah satu inti ajaran Islam yang menghantarkan kita untuk memuliakan manusia. Terkenang kita akan pesan Rasulullah dalam pesan- pesannya yang disebut khutbatul wada, “Sesungguhnya darahmu (damman), hartamu (amwaal), serta kehormatanmu itu suci (A’rada).”
Maka itu, kita hendaknya menyempurnakan amal-amal dengan melakukan tanafus iaitu meningkatkan dan memperbanyak amal sosial.kerana kita tidak bisa hidup sendirian


Thursday, February 3, 2011

ALAM BERSENANDUNG, INDAH CIPTAAN TUHAN

Desiran angin yang lembut, nyanyian serangga malam, deburan ombak di kejauhan, sungguh untaian melodi yang teramat indah… 

Baik bebatuan maupun semak belukar sekali pun ikut melengkapi keindahan jagat raya ciptaan Tuhan yang menakjubkan. Tebing-tebing curam, jurang yang terjal, karang, rumput liar, bahkan bunga dengan aroma yang paling menyengat sekalipun membawakan keindahannya sendiri bagi dunia. Kita merasa takjub memandang alam raya ciptaan Tuhan yang maha indah ini bukan hanya lantaran pemandangan alam yang asri dengan harum semerbak bunga dan pepohonan yang berjejer membentuk barisannya sendiri. Tanpa diselingi rerumputan dan bunga-bunga liar, bebatuan cadas, karang terjal ataupun jurang yang menganga lebar, rasanya keindahan itu belumlah utuh dan sempurna. 





dengan adanya keanekaragaman haiwan, tumbuhan serta benda alam ciptaan Tuhan lainnya barulah melengkapi keindahan alam raya ciptaan Tuhan yang sungguh mengagumkan ini.  



Ada kepuasan dan kebahagiaan tersendiri kala kita mendekatkan diri kepada alam. Sepertinya kita menjadi begitu dekat dengan Tuhan... 



Keindahan alam ciptaan Tuhan tak pernah mampu dituangkan secara utuh ke atas kanvas... 


Keindahan alam ciptaan Tuhan tak pernah mampu dituangkan secara utuh ke atas kanvas... 


Satu hal yang pasti, untuk menginsafi keindahan alam raya ciptaan Tuhan sekaligus menyelami merdunya alam bersenandung bukanlah dengan hati duniawi yang dualis dan diskriminatif. Melainkan dengan mata kita mendengar dan dengan telinga kita melihat barulah kita mampu meresapi keindahan setiap ciptaan Tuhan termasuk seisi alam semesta ini. Dengan hati Ilahi kita cuba meresapi keindahan tangan kasih Tuhan yang telah menciptakan jagat yang luar biasa ini. 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...