Thursday, December 30, 2010

pengaruh dulu dan sekarang

Dulu masa aku kecik-kecik, orang tua aku kalau nak bagi aku keluar main, mesti lepas pukul 4 petang. Nak main basikal ke, nak pergi padang ke, nak pergi taman permainan, mesti lepas pukul 4. Kalau cuti sekolah barulah free sikit. Tapi pagi-pagi mesti mau kena settlekan dulu keje2 kt umah mcm sapu daun2 yg gugur berlambak2 kt laman umah,bersihkan longkang,pehh masa tu duk merungut jek kalo tiba giliran aku membersihkan longkang ni,tp serasa aku memang aku jek yg selalu kena,sbb yg lagi sorang tu sek nk ngelat jek..hehe (sori long..kenyataan) Lepas settle semuanya baru la boleh keluar pergi main. Tapi pukul 12 mesti kena balik, makan tengahari. Petang baru boleh keluar balik.

saat daun muda telah tumbuh, maka daun yang telah tua akan gugur..bukan kerana mereka disingkirkan tapi sudah saatnya tugas mereka di gantikan dengan yang muda. 

Itu jam main pun macam biasalah. Permainan budak-budak kampung je. Kat kampung nak main apa lagi. Selain askar kecik-kecik untuk main perang-perang dan bola sepak, baling selipar, rounders, baling tin, acah galah, guli antara permainan-permainan yang ada waktu tu. Sebab tu waktu petang memang ditunggu. Boleh keluar pergi main. Duduk rumah bukan boleh buat apa pun. Tapi pukul 7 mesti dah kena ada kat umah. Kena mandi tunggu maghrib.
Tengok TV pun waktu petang gak. Kartun paling aku suka masa tu thunder cats dengan Kesatria Baja Hitam. Gaban pun best gak, Ultraman, Doraemon, Masked Rider, Mickey mouse, Donald Duck, memang kartun-kartun yang kena tengok kat TV. Pada aku time tu, itulah entertainment yang ada untuk budak-budak macam aku berhibur.



So, kalaulah aku buat degil time tu, takpun result exam macam hampeh, hukuman yg akan aku dapat..xleh kuar umah dan xleh tengok TV. Duduklah diam2 dalam bilik baca buku. Study konon-konon. Kalau tak dapat keluar main sehari takpe lagi, boleh gak sorok-sorok baca Bambino ke Bujal ke. Cuba dua tiga hari. Memang keras. Kalau kuar umah tu macam tak cukup korum je, mesti ada yang kena marah kat rumah hehe.


Tapi tu dulu, zaman budak-budak kat kampung dulu. Budak-budak zaman sekarang dah lain.semua dah advance Kalau tak dapat kuar umah, takde hal. Lagi seronok.. diorang memang nak duduk rumah jek. Tak dapat tengok TV pun takde masalah lagi. Boleh main internet, boleh main facebook. Budak-budak zaman sekarang dah ramai yang pandai main internet, lebih daripada orang tua diorang. Kalau dulu balik sekolah campak beg, terus ambil basikal. Tapi sekarang campak beg terus mengadap komputer.x terkecuali anak2 aku tu..bila di tegur mulalah,bg jawapan yg kadang2 boleh buat orang tua rasa bebudak sekarang dah terlalu maju..salah sapa ek ?? hehe


Kadang-kadang budak-budak pun dah pandai main blog. Pandai tak pandailah budak-budak sekarang. Orang-orang tua zaman sekarang pun kalau nak jatuh hukuman kena tarik jugak nikmat internet nih. Bukan sahaja bila nak jatuh hukuman, tapi kena pantau sikit aktiviti internet diorang. Internet sekarang nih dah macam gangguan TV jugak, menyebabkan budak-budak sekarang anti-sosial bukan sahaja dengan dunia luar, tetapi dengan keluarga sendiri. Semua sibuk duduk dalam bilik main internet. Memanglah internet ni banyak kebaikannya, tapi kalau disalah guna banyak mendatangkan keburukkan. So, kepada mak bapak, kena ambil perhatian lebih sikit dengan penggunaan internet oleh anak-anak mereka.^_^



Friday, December 17, 2010

200 pengikut syiah di tahan




KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.
Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.
"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.
"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.
"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.
Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.
"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.
"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.
Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.
Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.
Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.




Tuesday, December 14, 2010

Apa ada pada Lalat ??


seluruh manusia yang baik maupun yang jahat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih rendah (nilainya di sisi Allah) daripada sayap seekor lalat yaitu DUNIA

terdapat dalam beberapa hadith yang menceritakan perihal LALAT ni..

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

Dalam riwayat lain: "Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya obat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya" 
(HR. Ahmad, Ibn Majah)


Diantara mu'jizat kenabian Rasulullah dari aspek kedoktoran yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah kedoktoran adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat sudah beliau ungapkan 14 abad sebelum dunia kedoktoran berbicara. Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahwa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa obat (penawarnya) pun tercelup ke air.


Dan percubaan ilmiah kontemporeri pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahsia di balik hadith ini. Bahawasanya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya. Oleh karena itu, apabila seekor lalat dicelupkan ke dalam air keseluruhan badannya, maka bakteria yang ada padanya akan mati, dan hal ini cukup untuk menggagalkan "usaha lalat" dalam meracuni manusia, sebagaimana hal ini pun telah juga ditegaskan secara ilmiah. Yaitu bahwa lalat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan Bakter Yofaj, yaitu tempat tubuhnya bakteria.




 Dan tempat ini menjadi tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20:25 mili mikron. Maka jika seekor lalat mengenai makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut. Maka pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan gambaran yang menakjubkan bagi siapapun yang menolak hadith tentang lalat tersebut.


Dan Dr. Amin Ridha, Dosen Penyakit Tulang di Jurusan Kedoktoran Univ. Iskandariyah, telah melakukan penelitian tentang "hadith lalat ini" dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan kedoktoran masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat. Dan di zaman sekarang, para pakar penyakit yang mereka hidup berpuluh-puluh tahun, baru boleh mengungkap rahsia ini, padahal sudah dibongkar informasinya sejak dahulu. Yaitu kurang lebih 30-an tahun yang lalu mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri ubat 


berbagai penyakit yang sudah kronis dan pembusukan yang sudah menahun adalah dengan lalat.
Berdasarkan hal ini, jelaslah bahwa ilmu pengetahuan dalam perkembangannya telah menegaskan penjelasannya dalam terori ilmiah sesuai dengan hadith yang mulia ini. Dan mukjizat ini sudah dikemukakan semenjak dahulu kala, 14 abad yang silam sebelum para pakar kedokteran mengungkapkannya baru-baru ini. ( www.islamicmedicine.org )


"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. 3: 191)


Monday, December 13, 2010

Memang cepat..sedap dan segera~ tapi ??

" Mi maggi cepat di masak sedap di makan " hehe teringat lak iklan mi segera waktu aku muda2 dulu..cite pasal mi segera ni..dulu memang lah menjadi makanan favourite aku masa bujang2 nak2 zaman duk kat hostel..memang dah menjadi makanan asasi tu..


Tapi... Adakah mi segera ni makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ianya selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



so pasni camne ? korang nak makan lagi ke ?



Sunday, December 12, 2010

Renungkanlah ^_^


cinta dunia


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong 


.......
 T E T A P I... 

KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
 

Umpamanya:
 

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
 

Contohnya:
 

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
 

.......infiniti. ......
 

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.


p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
 

Sifat-sifat dalam memilih sahabat~

Perlu kiranya kita maklumi bahwa tidak  semua orang itu patut di jadikan sahabat..dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda :


" seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya,maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu meneliti orang yang akan di kasihinya"
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi






           Oleh sebab itu  sahabat yang dipilihnya hendaklah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang dengan adanya sifat-sifat tadi ia dapat disenangi untuk dijadikan sahabat orang lain..
Pada dasarnya sifat-sifat itu ialah hendaknya ia berakal yang baik ..berbudi pekerti yang bagus..bukan termasuk golongan yang fasik dan bukan pula seorang yang sangat tamak perkara-perkara keduniaan..


Perihal akal..maka memang inilah yang merupakan dasar pokok dalam kehidupan
justeru inilah yang pertama kali wajib diperhatikan untuk memilih sahabat..bukankah sama sekali tidak ada gunanya bersahabat dengan seseorang yang ahmak atau kurang akal,sebab akibatnya hanyalah akan membawa perasaan yang tidak enak dan perselisihan pendapat semata-mata
sekalipun persahabatan itu telah berjalan lama sekali.
ada seorang yang berkata bahawa tidak bersahabat dengan seseorang yang kurang akalnya itu adalah sebagai suatu pengorbanan kepada Allah Ta'ala


Perihal bagusnya budi pekerti,maka ini pun harus pula dijadikan perhatiannya,sebab barangsiapa yang jiwanya dapat dikalahkan oleh nafsu suka marah,nafsu gemar kesyahwatan,kikir,pengecut atau penakut..apalagi kalau hawa nafsunya yang buruk-buruk itu senantiasa diperturutkan..maka sama sekali tidak ada faedahnya bersahabat dengan manusia yang sedemikian tadi..

Perihal orang fasik yang selalu saja terus menerus dalam kefasikannya,maka itupun tidak berguna untuk di jadikan sahabat..bahkan menyaksikannya saja dapat menimbulkan rasa mempermudahkan urusan kemaksiatan dan dapat melenyapkan jiwa yang tidak sesuai dilakukannya kemaksiatan tadi
lagi pula seseorang yang tidak ada rasa takutnya kepada Allah itu tidak mungkin dapat dipercaya bahawa ia tidak akan melakukan suatu penipuan atau kecurangan pada sahabatnya..

dalam hal ini Allah Ta'ala telah berfirman:

"janganlah engkau mengikuti orang yang telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berdzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya"
                                                       S.kahf 28:


pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberi jasa baik atau bantuanmu,lalu ia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau ia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu,ia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sebagai sangat berguna,sedang jikalau ia mengetahui keburukan dari dirimu lalu ia suka menutup-nutupinya..

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu darinya,pasti ia memberi,jikalau engkau diam,ia mulai menyapamu dahulu dan jikalau ada suatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,ia suka membantu dan meringankan serta menghiburmu..




Saturday, December 11, 2010

Hanya Kerana-Mu

Aku mulai bangkit
Dari lemahku
Dari rapuhku
Menjejak lebih kuat
Berdiri lebih tegap
Berjalan dengan pasti
Tak lagi peduli apa disampingku
Hiraukan semua bisik bisik sayu
Yang terus berusaha menjatuhkanku
Lihatlah diriku kini
Sudah dewasa
Menjalani hidupku .. masalahku .. dan sepiku
Tak lagi cengeng
Tak lagi pasrah
Aku kini berjuang
Untuk diriku
Untuk mimpiku..
hanya kerana-Mu

Roda hidup kini berubah
Benih diriku sedikit bercambah
Berubah kuncup menghijau kecil..
Lemahku kian tertutupi
Tangisku kini kian pergi



Perjuangan Hidup


Tuesday, December 7, 2010

Menghayati Hijrah Nabi S.A.W


Seperti biasa kita umat Islam akan melalui beberapa tahun yang baru, sama ada mengikut kalendar Islam iaitu Hijrah ataupun bukan Islam iaitu Masihi.sememangnya kita umat Islam perlu mengambil iktibar dengan setiap tahun baru terutamanya yang melibatkan sejarah dan peristiwa yang berlaku dalam kalendar Islam.

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi S.A.W

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Abu Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranjau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku?
Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.
Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamaddun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.


Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilih dan berjaya.

Salam Awal Muharam.




SiNaR HijRaH ~ sanah saiida

                                            

                                                       ~ Assalamualaikum ~
  
 Pertama sekali,ana nak ucapkan sanah saiida buat antum semua..selamat menyambut tahun baru hijrah yang ke 1432..kalau ikut Tarikhnya ialah 1 Muharam 1432..bersamaan hari Selasa 7 Disember 2010..atau Maghrib pada hari ini..


    Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, 


  perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring 


   dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.


hijrah merupakan satu perkara yg penting agar kita dapat berubah tak kira la dari segi apa pun..
 yg penting berubah atau berhijrah ke arah yg lebih baik.. bukan sebaliknya.. 


      jadikan ianya satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. 


Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang 


             kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.









Monday, December 6, 2010

HUH !! pelik amalan depa ni..


             


             BUKTI Syiah Melayu sudah lama bertapak di tanahair kita... 
                                      Ado kenkawan tanye, betul ke ade Syiah Melayu kat M'sia ni? 
                                                                    jawapannya...Memang ado. 






                                                         Video ni sebagai bukti sahih. 
Video ni telah dirakam pd November 2007 di Hauza Ar-Ridha, di Gombak Selangor. Amat mengejutkan. Kalau dah pukul2 dada tu memang ianya dari ajaran Syiah. Kalau tepuk tangan tu maybe takdo masalah kot.
             Lebih menakutkan ramai kanak-kanak yg join upacara Syiah tersebut. Ada info mengatakan sudah ada 100 ribu penganut Syiah Melayu di Malaysia. 


Jika kenkawan masih ingat, Bro Suhaimi pernah mendedahkan bahawa sudah ada 10 ribu pengikut Syiah di Kuala Muda, Sg. Petani di Kedah. Khatib di sana sudah berbuih mulut mengingatkan para jemaah setiap kali Jumaat tentang bahaya Syiah di kawasan mereka.


Adakah kita mahu membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja? Sudah lah masyarakat kita dibebankan dengan kerosakkan seperti hendonisma, penyalahgunaan dadah, buang bayi, buang makbapak ke rumah orang-orang tua, seks bebas/zina, bohsia, ketagihan arak, tak tahu baca quran, tak tahu solat dan bermacam-macam lagi. Dan kini ditambah lagi dengan ancaman penyelewangan akidah. 
Dulu ajaran Ayahpin, Al-Arqam, Rasul Melayu Kahar, Qadiyani, Pemuda Kahfi, Golongan Anti Hadis dan terkini ajaran Syiah la pulak. Perkara akidah melangkaui batasan fahaman parti politik dan NGO
         
              Isu akidah adalah isu Negara. 
Ia bukan masalah kecil. Baginda Nabi memulakan dakwah dengan membetulkan akidah musyrikin Mekah. Kalau akidah rosak, maka yg lainnya kelihatan sudah tidak berguna. 
     Jadi, kepada semua umat Islam di tanahair ini mari lah kita berbuat sesuatu bagi menyelamatkan akidah anak cucu cicit kita. Anda boleh buat report di pejabat 2 agama Negeri dan Balai Polis yg berdekatan. Jumpa Yb-Yb kawasan anda bagi mengadukan hal ini. Tidak kisah la Yb anda itu UMNO, PAS atau PKR. Berusaha la dgn kemampuan anda.
  
  Jangan nanti bila datangnya tahun 2020, kita akan melihat perarakan Syiah Melayu di Dataran Merdeka memukul badan sehingga berdarah kerana menyambut Hari Asyura pd 10 Muharram setiap tahun. 


Kalau lah Samy Vellu masih hidup ketika itu, dio pun poning kepalo sbb tak sangka Islam pun meraikan Thaipusam seperti orang Hindu. 


Sebagai akhirnya, rupa-rupanya JAKIM sudah lama mengeluarkan fatwa akan sesatnya akidah Syiah ini. 


Antaranya :


 1] 'Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.' http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syi...


 2] Lihat nombor 38. Ajaran Syiah diwartakan sebagai sesat oleh JAKIM. http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html Fatwa-fatwa negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia : 


1] Negeri Sembilan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-neger...
 2] Pulau Pinanghttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-neger... 
3] WP Kuala Lumpur http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-neger... 
4] Melakahttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-neger... 
5] Selangor http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-neger... 
6] Terangganuhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-neger... 


Jadi kepada JAKIM, Mufti-mufti, jabatan-jabatan agama dan lain-lain jabatan otoriti agama, jangan tidur lagi, keluar dari bilik air-cond ofis kamu dan betulkan kerosakkan yg sedang berlaku kpd orang awam. Mari lah kita mengingatkan semua orang akan bahayanya Syiah terhadap kesihatan akidah umat Islam di tanahair kita yang tercinta ini.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...