Friday, November 26, 2010

Rugi ke letak rencah lebih sikit

                Tadi..aku ngan org umah gi amek anak2 yg dah 3 hari enjoy sakan kat umah nenek dorang..dalam perjalanan balik..dorang bertiga ni ngadu lapar la plak..pastu ajak lah gi makan kat salah satu kedai yang memang menjadi favourite aku kalo makan kat luar ni..dah la sedap,murah lak tu..steady la Pak Burn..moga Allah sentiasa murahkan rezeki Pak Burn sekeluarga..tapi..bukan main frust lagi aku..sampai sampai jek, kedai tutup la plok..hehe..so kena la gi cari kedai lain..hurmm masa tu plak aku ni memang la tersangat letihnye..so malas nak cari2..aku singgah jek kat mana2 kedai yang ternampak dek mata aku ni..

Dah sampai,apalagi..kitorang pun order la hehe..masing2 dah lapar la katakan..
   aku,order nasi goreng kampung..org umah mee goleng jek..anak2 lak, masing2 order makanan favourite dorang..tunggu punye tunggu..makanan pun sampai kat meja..
        huk alah..aku ngan org umah terus terkujat..die pandang aku,aku pun pandang die..hurmmm..tanpa banyak bicara aku suruh si mamer bacakan doa makan..masing2 pun mula menjamah makanan yang dah terhidang depan mata..


   tengah2 makan tu,aku toleh kat kakak yg sedang menguit2 makanan yang cuma ada 2 ketul      tahu dan 3 ketul ayam yang di potong dadu tanpa sayur..dengan muka yang dah macam hilang selera..die bisik kat aku " babah..bungkus jek la makanan ni ya..kakak tak selera lah,nanti kakak makan kat umah jek " rupanya yang lain pun sama ikut minta untuk di bungkus jek..dengan hati yang berat dan dah tentu2 nya kecewa,aku pun panggil pekerja kat situ suruh bungkus jek semua makanan yang kitorang order tadi..dan terus membuat pembayaran..
       lagi sekali aku terkejut..rasa tak puas hati..kerana makanan yang di hidangkan sama sekali tidak padan dengan harga yang di minta..dalam hati aku terdetik dan mengatakan ini lah salah satu sikap peniaga yang sememangnya tidak mempunyai kejujuran di dalam perniagaan dalam erti kata lain 

>>>> " UNTUNG MAU LEBIH..SERVICE..HAMPEH "

rugi ke kalau letak rencah tu lebih sikit ???

Aku bukan lah kira sangat tentang harganya tu..walaupun harganya baru RM 30 satu family nye makan..tapi akibat tidak jujur,peniaga tersebut sudah kehilangan salah satu pelanggan seumur hidup..


Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.
Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin membayar makanan berharga RM30 seminggu. Sebulan sudah RM120.00 Setahun sudah RM1440.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM43,200.00
Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur.
sebagai renungan kita bersama~
Sesungguhnya mencari rezeki yang halal itu banyak caranya, antaranya ialah dengan berniaga. Agama Islam amat menggalakkan umatnya berniaga kerana ia merupakan sumber rezeki yang paling afdal diusahakan. Inilah juga pekerjaan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan kebanyakkan para sahabat. Dan ketahuilah bahawa peniaga yang melaksanakan urusan perniagaannya dengan cara yang baik dan jujur akan mendapat ganjaran yang amat besar dari Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

" Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid ".(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)

Memang selayaknya seorang peniaga yang amanah itu akan mendapat ganjaran yang sedemikian kerana dalam berniaga seorang peniaga itu akan menghadapi cubaan dan dugaan yang amat besar seperti cenderong untuk bersifat tamak dan mendapatkan keuntungan yang banyak walaupun melalui jalan yang salah seperti melakukan penipuan. Justeru itu barangsiapa yang dapat menjalankan perniagaannya dengan penuh jujur dan amanah, dia diumpamakan seorang pejuang yang telah mencapai kemenangan dalam pertempuran melawan hawa nafsu. 


p/s
Buat peniaga2 yang kat luar sana..kalo nak untung pun~ berpada2 lah sikit..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...