Saturday, April 30, 2011

perihal politik~

Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.

Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan.. 
Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga dikatakan kotor.

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks menyebabkan politik dipalit kekotoran.

Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.

Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.

Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.


 manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.

"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.

terdapat nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.

"Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," 

kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.

"Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.

"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.

"Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.

"Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.

"Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.

"Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.

"Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.

"Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong "

"Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.

"Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," 



Friday, April 15, 2011

Ayah~

A father is someone that 
holds your hand at the fair
makes sure you do what your mother says
holds back your hair when you are sick
brushes that hair when it is tangled because mother is too busy
lets you eat ice cream for breakfast 
but only when mother is away
he walks you down the aisle
and tells you everythings gonna be ok.



Semoga ayah bahagia berehat di sana.
Semoga ayah tersenyum melihat kami di sini.
InsyaAllah, kami semua akan menyusul bila tiba waktunya.

Ayah,
angah sayang ayah.
Angah rindu ayah.
Kami semua rindukan ayah.
Nanti ya ayah,
kita bertemu semula...
di syurga; insyaAllah.
Amin.

Dad, your guiding hand on my shoulder will remain with me forever.

My father died many years ago, and yet when something special happens to me, I talk to him secretly not really knowing whether he hears, but it makes me feel better to half believe it.

Wednesday, April 13, 2011


Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagian daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.

<Dan kehidupan dunia ini adalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? [6:32]>
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Monday, April 4, 2011

kiTa tiDak sEndirian


Ketika bangunan menjulang baru berdiri. Pesta dirai memeluk tubuh kekaguman. Tetapi, adakah mereka bertanya, di manakah wahai para buruh bangunan ? Padahal, di antara para kuli itu mungkin ada yang terjatuh dari lantai tujuh, mati tanpa insuran, meninggalkan isteri dan anaknya cemas menanti.
Ketika seseorang di jemput pulang. Para pengiring jenazah didera haru. Dan setelah proses doa sambutan usai, taulan dan para kerabat itu akhirnya pulang juga ke rumah. Tetapi, adakah yang teringat siapakah gerangan para tukang gali kuburan?


Maka sedarlah bahwa sesungguhnya tidak ada satu pun kenikmatan tanpa jasa orang lain yang bahkan tidak pernah kita kenal. Dialah ‘orang -orang lemah’ yang telah berjasa menapaki jalan panjang untuk menghantarkan sepiring nasi di atas meja hidangan.


Sungguh kita sering melupakan jasa mereka. Kita lupa, siapa gerangan bidan yang membantu ketika kita lahir. Kita pun sudah lupa siapa nama guru ketika kita mula-mula melangkah ke alam persekolahan. Padahal dialah manusia pertama yang mengajarkan huruf dan angka.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kalian akan diberi rezeki dan pertolongan karena jasa kelompok orang-orang yang miskin.” (HR Abu Dawud)

Pada hati yang hancur ada kekuatan yang memberikan cahaya bagi orang yang mau memperhatikannya. Sehingga, Allah berfirman bahwa salah satu ciri orang yang bertakwa adalah mereka yang menyadari bahwa pada harta mereka ada hak orang yang meminta maupun yang tidak meminta (QS Adz Dzaariyaat [51]: 20)
Pantaslah Allah mengherdik orang-orang yang asyik mengerjakan
solat  sebagai pendusta agama, karena mereka tidak peduli dengan kaum mustad’afin. Kita diminta untuk bersedekah, menghulurkan tangan meringankan penderitaan orang lain, baik secara terang-terangan atau bersembunyi.


Allah telah menciptakan segala sesuatunya secara berpasang-pasangan (QS Adz Dzaariyaat [51]: 49). Tidak mungkin ada langit tanpa bumi. Tak akan ada president tanpa rakyat.pengarah tanpa pelakon.
Maka kehadiran orang lain adalah berkah llahi. Kehadiran kita, kebahagiaan dan kedudukan kita terasa tidak bererti tanpa kehadiran orang lain.
Inilah salah satu inti ajaran Islam yang menghantarkan kita untuk memuliakan manusia. Terkenang kita akan pesan Rasulullah dalam pesan- pesannya yang disebut khutbatul wada, “Sesungguhnya darahmu (damman), hartamu (amwaal), serta kehormatanmu itu suci (A’rada).”
Maka itu, kita hendaknya menyempurnakan amal-amal dengan melakukan tanafus iaitu meningkatkan dan memperbanyak amal sosial.kerana kita tidak bisa hidup sendirian


Thursday, February 3, 2011

ALAM BERSENANDUNG, INDAH CIPTAAN TUHAN

Desiran angin yang lembut, nyanyian serangga malam, deburan ombak di kejauhan, sungguh untaian melodi yang teramat indah… 

Baik bebatuan maupun semak belukar sekali pun ikut melengkapi keindahan jagat raya ciptaan Tuhan yang menakjubkan. Tebing-tebing curam, jurang yang terjal, karang, rumput liar, bahkan bunga dengan aroma yang paling menyengat sekalipun membawakan keindahannya sendiri bagi dunia. Kita merasa takjub memandang alam raya ciptaan Tuhan yang maha indah ini bukan hanya lantaran pemandangan alam yang asri dengan harum semerbak bunga dan pepohonan yang berjejer membentuk barisannya sendiri. Tanpa diselingi rerumputan dan bunga-bunga liar, bebatuan cadas, karang terjal ataupun jurang yang menganga lebar, rasanya keindahan itu belumlah utuh dan sempurna. 





dengan adanya keanekaragaman haiwan, tumbuhan serta benda alam ciptaan Tuhan lainnya barulah melengkapi keindahan alam raya ciptaan Tuhan yang sungguh mengagumkan ini.  



Ada kepuasan dan kebahagiaan tersendiri kala kita mendekatkan diri kepada alam. Sepertinya kita menjadi begitu dekat dengan Tuhan... 



Keindahan alam ciptaan Tuhan tak pernah mampu dituangkan secara utuh ke atas kanvas... 


Keindahan alam ciptaan Tuhan tak pernah mampu dituangkan secara utuh ke atas kanvas... 


Satu hal yang pasti, untuk menginsafi keindahan alam raya ciptaan Tuhan sekaligus menyelami merdunya alam bersenandung bukanlah dengan hati duniawi yang dualis dan diskriminatif. Melainkan dengan mata kita mendengar dan dengan telinga kita melihat barulah kita mampu meresapi keindahan setiap ciptaan Tuhan termasuk seisi alam semesta ini. Dengan hati Ilahi kita cuba meresapi keindahan tangan kasih Tuhan yang telah menciptakan jagat yang luar biasa ini. 













Thursday, December 30, 2010

pengaruh dulu dan sekarang

Dulu masa aku kecik-kecik, orang tua aku kalau nak bagi aku keluar main, mesti lepas pukul 4 petang. Nak main basikal ke, nak pergi padang ke, nak pergi taman permainan, mesti lepas pukul 4. Kalau cuti sekolah barulah free sikit. Tapi pagi-pagi mesti mau kena settlekan dulu keje2 kt umah mcm sapu daun2 yg gugur berlambak2 kt laman umah,bersihkan longkang,pehh masa tu duk merungut jek kalo tiba giliran aku membersihkan longkang ni,tp serasa aku memang aku jek yg selalu kena,sbb yg lagi sorang tu sek nk ngelat jek..hehe (sori long..kenyataan) Lepas settle semuanya baru la boleh keluar pergi main. Tapi pukul 12 mesti kena balik, makan tengahari. Petang baru boleh keluar balik.

saat daun muda telah tumbuh, maka daun yang telah tua akan gugur..bukan kerana mereka disingkirkan tapi sudah saatnya tugas mereka di gantikan dengan yang muda. 

Itu jam main pun macam biasalah. Permainan budak-budak kampung je. Kat kampung nak main apa lagi. Selain askar kecik-kecik untuk main perang-perang dan bola sepak, baling selipar, rounders, baling tin, acah galah, guli antara permainan-permainan yang ada waktu tu. Sebab tu waktu petang memang ditunggu. Boleh keluar pergi main. Duduk rumah bukan boleh buat apa pun. Tapi pukul 7 mesti dah kena ada kat umah. Kena mandi tunggu maghrib.
Tengok TV pun waktu petang gak. Kartun paling aku suka masa tu thunder cats dengan Kesatria Baja Hitam. Gaban pun best gak, Ultraman, Doraemon, Masked Rider, Mickey mouse, Donald Duck, memang kartun-kartun yang kena tengok kat TV. Pada aku time tu, itulah entertainment yang ada untuk budak-budak macam aku berhibur.



So, kalaulah aku buat degil time tu, takpun result exam macam hampeh, hukuman yg akan aku dapat..xleh kuar umah dan xleh tengok TV. Duduklah diam2 dalam bilik baca buku. Study konon-konon. Kalau tak dapat keluar main sehari takpe lagi, boleh gak sorok-sorok baca Bambino ke Bujal ke. Cuba dua tiga hari. Memang keras. Kalau kuar umah tu macam tak cukup korum je, mesti ada yang kena marah kat rumah hehe.


Tapi tu dulu, zaman budak-budak kat kampung dulu. Budak-budak zaman sekarang dah lain.semua dah advance Kalau tak dapat kuar umah, takde hal. Lagi seronok.. diorang memang nak duduk rumah jek. Tak dapat tengok TV pun takde masalah lagi. Boleh main internet, boleh main facebook. Budak-budak zaman sekarang dah ramai yang pandai main internet, lebih daripada orang tua diorang. Kalau dulu balik sekolah campak beg, terus ambil basikal. Tapi sekarang campak beg terus mengadap komputer.x terkecuali anak2 aku tu..bila di tegur mulalah,bg jawapan yg kadang2 boleh buat orang tua rasa bebudak sekarang dah terlalu maju..salah sapa ek ?? hehe


Kadang-kadang budak-budak pun dah pandai main blog. Pandai tak pandailah budak-budak sekarang. Orang-orang tua zaman sekarang pun kalau nak jatuh hukuman kena tarik jugak nikmat internet nih. Bukan sahaja bila nak jatuh hukuman, tapi kena pantau sikit aktiviti internet diorang. Internet sekarang nih dah macam gangguan TV jugak, menyebabkan budak-budak sekarang anti-sosial bukan sahaja dengan dunia luar, tetapi dengan keluarga sendiri. Semua sibuk duduk dalam bilik main internet. Memanglah internet ni banyak kebaikannya, tapi kalau disalah guna banyak mendatangkan keburukkan. So, kepada mak bapak, kena ambil perhatian lebih sikit dengan penggunaan internet oleh anak-anak mereka.^_^



Friday, December 17, 2010

200 pengikut syiah di tahan




KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.
Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.
"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.
"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.
"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.
Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.
"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.
"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.
Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.
Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.
Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...